Kelas Powerpoint (Ulangkaji Bahagian 1)

26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 25 Ogos 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan kelas Powerpoint yang bermula pada jam 2 petang sehingga 5 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 7 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Ms Powerpoint untuk menyiapkan tugasan berkaitan. Selain itu, tujuan lain adalah untuk mengimbas kembali ilmu pembelajaran kelas Ms Powerpoint yang telah dibuat sebelumnya.

Antara pengisian kelas pada kali ini adalah lebih memfokuskan untuk sesi ulang kaji pembelajaran Ms Powerpoint. Peserta diajar tentang cara mengedit latar belakang slide, meletakkan gambar ke dalam content slide, membuat word art, mengedit shape, memasukkan animation dan transition ke dalam slide, dan akhir sekali memasukkan bunyi ke dalam slide.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali