Kelas Microsoft Office Word (Menyediakan Surat Tidak Rasmi)
14 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniAhad, 13 Januari 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Microsoft Office Word iaitu ‘Menyediakan Surat Tidak Rasmi’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara menyediakan surat tidak rasmi menggunakan program MS Word. Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada mulanya diajar dan diterangkan secara satu-persatu format dalam menulis surat tidak rasmi menggunakan program MS Word. Kemudian, peserta diberi tugasan untuk menyiapkan satu dengan lengkap surat tidak rasmi mendasarkan cara serta format yang telah diajar.
Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: