Kelas Microsoft Excel (Asas Ms. Excel)

5 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 4 Mei 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Microsoft Office Excel iaitu ‘Asas Ms. Excel’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingg 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 7 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara-cara asas mengira data keseluruhan dan puratanya menggunakan program Ms. Excel.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas dikehendaki menyalin semula data yang telah disediakan ke dalam Ms. Excel. Sebagai contoh, peserta ketika kelas berlangsung dikehendaki menaip semula data populasi penduduk di beberapa buah negara yang telah di pilih. Setelah semua peserta siap menaip semua data, peserta diajar cara untuk mengira data keseluruhan populasi penduduk di beberapa buah negara yang dipilih dan kemudiannya mengira purata bilangan populasi tersebut.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali