Kelas Keusahawanan (Cara Membuat Kek Span)

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 19 Januari 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Keusahawanan iaitu ‘Cara Membuat Kek Span’ yang bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 6 orang golongan ibubapa. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara-cara membuat kek span dengan cara membakar. Tenaga pengajar bagi kelas keusahawanan ini ialah Puan Suliza bt Mohd Tuah iaitu salah seorang usahawan berjaya yang membuat pelbagai jenis kek di Kampung Spaoh.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada mulanya diterangkan mengenai resepi dan bahan-bahan yang diperlukan dalam membuat kek span serta sedikit tips penting dalam membuat kek span agar lembut dan sedap. Terdapat sesi soal jawab semasa proses menerangkan resepi kek tersebut. Kemudian, pengajar menunjukkan secara amali cara membuat kek tersebut menggunakan resepi yang telah diberikan. Akhir sekali, setelah kek tersebut siap dibakar, semua peserta diajar cara dekorasi kek menggunakan topping yang telah disediakan.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali