Kelas Asas ICT (Perkakasan dan Komponen Asas Komputer)

13 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 12 Februari 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu ‘Perkakasan dan Komponen Asas Komputer’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 7 pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai komponen-komponen dan perkakasan asas komputer di samping mengetahui fungsi-fungsi asas komponen tersebut.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta di terangkan mengenai komponen perkakasan asas komputer seperti monitor, papan kekunci (keyboard), pembesar suara (speaker) dan banyak lagi. Peserta juga di terang mengenai komponen dalaman komputer seperti memori (RAM dan ROM) serta alatan penyimpanan maklumat seperti CD, VCD, DVD, Blue-Ray, Pendrive dan Hardisk. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan maklamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali