Taklimat Advokasi (Mobile E-waste,MCMC & Aduan)

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 27 July 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan taklimat advokasi yang dihadiri oleh 6 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Taklimat tersebut diadakan di bilik latihan Pusat Internet Spaoh. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang cara pelupusan e-sisa yang betul dan tempat pembuangan yang disediakan oleh pihak MCMC untuk kempen mobile e-waste. Di samping itu pendedahan tentang peranan dan fungsi MCMC serta sistem aduan yang disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk menangani sebarang isu berkaitan internet.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan tentang kempen mobile e-waste dan kesannya terhadap alam sekitar. Peserta juga diterangkan tentang peranan MCMC dalam menyekat laman web sumbang,lucah dan lain-lain website yang boleh membawa kesan negative terhadap pengguna internet. Akhir sekali, taklimat tentang cara membuat aduan sekiranya pengguna terjebak dengan apa-apa jenayah siber di media sosial. Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali