Kelas E-Learning (Kuiz Kahoot)
21 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniAhad bersamaan 20 Oktober 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu ‘Kuiz Kahoot’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar daripada sekolah rendah.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk menguji pengetahuan am peserta dengan segala ilmu yang mereka perolehi dengan menjawab kuiz kahoot yang telah disediakan oleh staf PI Spaoh.
Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan kelas yang ingin diadakan dan tujuan kelas tersebut diadakan. Peserta diajar untuk melayari laman sesawang www.kahoot.com untuk mendaftar sebagai pelajar. Laman sesawang ini merupakan satu medium yang sering digunakan oleh tenaga pengajar atau majikan untuk menyediakan soalan-soalan kepada pekerja dan pelajar. Kuiz kelas kali ini, peserta diuji dengan 39 soalan pengetahuan am yang terdiri daripada soalan sains, sejarah, pendidikan islam dan penekanan kepada KDB, E-Waste, SKMM dan juga CYL. Secara tidak langsung, peserta dapat didedahkan dengan kempen yang disarankan oleh MCMC dan juga mereka dapat mengulangkaji pelajaran.
Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: