Kelas Multimedia (Asas Mengubah Format Video)

3 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 2 Februari 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Multimedia iaitu ‘Asas Mengubah Format Video’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 9 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai asas dalam menukar format video menggunakan program ‘Any Video Converter’

Antara pengisian semasa kelas ialah semua peserta diterangkan mengenai format-format video yang sering dijumpai dan digunakan di samping sebab-sebab kenapa format sesebuah video perlu ditukar kepada format yang lain seperti sebuah peralatan elektronik tidak menyokong sebahagian format video. Sebagai contoh menukar format video MPEG-4 ke AVI atau MOV. Selain itu, peserta diajar menukar format video menggunakan program ‘Any Video Converter’ yang mudah digunakan dan boleh dimuat turun secara percuma di Internet.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali