Kelas Microsoft Word & Do It My Resume
8 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 April 2018 bersamaan hari Sabtu, Pusat Internet 1 Malaysia Spaoh telah mengadakan Kelas Microsoft Excel yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Interent 1 Malaysia (PI) Spaoh.
Kelas ini diadakan bertujuan adalah untuk memberi pendedahan dan pengenalan asas akan fungsi dan kegunaan Microsoft Word kepada peserta.Disamping memberi garis panduan kepada peserta dalam menghasilkan resume peserta sendiri.
Pengisian semasa kelas pengenalan asas Microsoft Word adalah sesi pengenalan asas kepada fungsi Wordl serta mengenali setiap fungsi perkakasan yang terdapat di dalam Word. Peserta juga diberi peluang dalam mengaplikasikan Word dalam sesi latihan mereka.Manakala, sesi latihan pula, peserta diberi tugasan untuk menghasilkan resume peserta sendiri menggunakan Microsoft Word berdasarkan garis panduan yang telah dikongsi semasa kelas.
Melalui program seperti ini, pihak PI sedikit sebanyak dapat membantu dan berkongsi sedikit ilmu ICT dan Microsoft Office kepada peserta. Dengan adanya kelas seperti ini, objektif PI dapat dilaksanakan iaitu dengan membantu golongan komuniti setempat dalam memperkasakan dunia digital di luar bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: