Kelas Softskills (Tips dan Persediaan Temuduga)

25 November 2018 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 24 November 2018, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Softskills iaitu ‘Tips dan Persediaan Temuduga’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai tips-tips dan persediaan awal dalam menghadapi sertai menghadiri temuduga.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diterangkan tips-tips dan persediaan awal dalam menghadiri temuduga seperti soalan-soalan asas yang kerap ditanya dalam temuduga, pakaian semasa menghadiri temuduga dan cara-cara menjawab semasa temuduga. Sebagai contoh, soalan yang kerap ditanya semasa temuduga ialah mengenai diri, kenapa memilih kerja tersebut, tugas-tugas kerja tersebut dan banyak lagi.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali