Kelas Multimedia (Membuat Poster)

25 November 2018 | Aktiviti Terkini

Sabtu, 24 November 2018, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Multimedia iaitu ‘Membuat Poster’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 5 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara-cara asas membuat dan menyediakan poster.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada mulanya diterangkan cara-cara asas dalam membuat poster menggunakan ‘tools’ yang disediakan dalam aplikasi tersebut. Selepas habis penerangan, semua peserta dikehendaki membuat sebuah poster yang bertemakan pertandingan iaitu apa-apa pertandingan seperti poster pertandingan melukis, poster pertandingan memancing dan banyak lagi.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali