Kelas Microsoft Office Powepoint (Membuat Biodata)
04 November 2018 | Aktiviti TerkiniAhad, 3 November 2018, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Microsoft Office Powerpoint bertajuk ‘Biodata Saya’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 10 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta mengenai cara-cara penyediaan biodata mereka menggunakan program Microsoft Office Powerpoint (MS Powerpoint) di dalam komputer. Antara pengisian semasa kelas ialah peserta diajar cara-cara asas menggunakan program MS Powerpoint seperti menukar halaman belakang slides, susun atur slides, menggunakan trasisi, animasi dan juga tema untuk slides. Selepas peserta diajar semua konsep asas penggunaan MS Powerpoint, mereka kemudianya dikehendaki membuat biodata diri mereka menggunakan program tersebut mengikut kreativiti masing-masing.
Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan maklamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: