Kempen kesedaran Advokasi : Klik Dengan Bijak
12 Febuari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 11 Feb 2018 bersamaan hari Sabtu, Pusat Internet 1 Malaysia Spaoh telah mengadakan Taklimat Kesedaran Klik Dengan Bijak,Check Your Label Dan E-Waste yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Interent 1 Malaysia (PI) Spaoh. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran adab dan etika semasa melayari internet dalam taklimat Klik Dengan Bijak. Antara pengisian semasa program ini adalah Taklimat Klik Dengan Bijak.
Selain itu terdapat juga sesi tayangan video bagi memberikan pemahaman yang lebih dekat kepada peserta akan taklimat iaitu berkaitan dengan penyebaran maklumat palsu dan boleh disemak melalui portal rasmi MCMC SEBENARNYA.COM dan sesi soaljawab. Melalui program seperti ini, pihak PI sedikit sebanyak dapat berkongsi sedikit ilmu dan kesedaran kepada peserta. Dengan ini, objektif PI dapat dilaksanakan iaitu dengan mendidik masyaraka agar menggunakan internet dengan cara selamat,berwaspada dalam berinteraksi dan bertanggungjawab dalam menggunakan internet secara positif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: