Kempen kesedaran Advokasi : CYL dan E-waste

10 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 9 September 2018 bersamaan hari Sabtu, Pusat Internet 1 Malaysia Spaoh telah mengadakan Taklimat Kesedaran Check Your Label Dan E-Waste yang bertempat di Masjid Syifa Kg Spaoh sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1439H peringkat Kampung Spaoh. Taklimat ini dijayakan dengan kerjasama JKP Masjid dan AJK Belia Islam Spaoh. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan Pusat Internet Spaoh di samping memberi kesedaran tentang kepentingan kempen CYL dan E-waste kepada peserta yang hadir pada program tersebut.

Antara pengisian program ini adalah sesi promosi kelebihan dan keistimewaan sekiranya menjadi ahli pusat internet. Selain itu,staf yang bertugas juga turut menerangkan kepentingan memeriksa label MCMC di setiap peranti elektronik yang biasa digunakan seharian. Program ini juga menyeru peserta agar menjaga alam sekitar daripada tercemar dengan sisa e-waste.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali