Kempen Kesedaran Advokasi : Klik Dengan Bijak,Check Your Label dan E-Waste
11 Febuari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 10 Febuari 2018 bersamaan hari Sabtu, Pusat Internet 1 Malaysia Spaoh telah mengadakan Taklimat Kesedaran Klik Dengan Bijak,Check Your Label Dan E-Waste yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Interent 1 Malaysia (PI) Spaoh. Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran adab dan etika semasa melayari internet dalam taklimat Klik Dengan Bijak. Selain itu dalam kempen Check Your Label pula bertujuan mendidik orang ramai supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peratan tersebut telah diperakui mengikut standard yang ditetapkan. Manakala dalam taklimat E-Waste adalah program pelupusan peralatan ICT secara selamat dan mesra alam.
Antara pengisian semasa program ini adalah Taklimat Klik Dengan Bijak, yang berkaitan dengan adab kita ketika menyebarkan sesuatu maklumat iaitu dengan cara semak sbelum sebar dan tidak berkongsi terlalu banyak berkaitan perihal peribadi di media sosial.Taklimat Check Your Label dan Taklimat E-Waste.Selain itu terdapat juga sesi tayangan video bagi memberikan pemahaman yang lebih dekat kepada peserta dan sesi soaljawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: