Kelas Suntingan Video Menggunakan Powtoon
20 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 19 Nov 2017 bersamaan hari Ahad, Pusat Internet 1 Malaysia Spaoh mengadakan Kelas Suntingan Video Menggunakkan Powtoon yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Interent 1 Malaysia (PI) Spaoh pada pukul 14.00 pm – 17.00 pm. Antara pengisian yang telah dijalankan sepanjang kelas adalah peserta diberi latihan tentang pengenalan diri mereka dalam bentuk video animasi menggunakan Powtoon.
Peserta di kehendaki menghasilkan pengenalan,isi kandungan dan penutup bagi video suntingan mereka. Hasil daripada kelas ini, peserta memperolehi pengetahuan dan pendedahan dalam ilmu ICT untuk menghasilkan dan membuat suntingan video secara atas talian.Selain daripada itu, peserta berjaya menghasilkan video animasi pengenalan diri mereka menggunakan aplikasi atas talian Powtoon.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: