Taklimat Advokasi KDB di SK Spaoh
29 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 28 Oktober 2017 bersamaan hari Jumaat, Pusat Internet 1 Malaysia Spaoh telah mengadakan Taklimat Advokasi KDB di Bilik Latihan (Training Room) Pusat Internet 1 Malaysia pada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.Taklimat tersebut dihadiri oleh 68 orang pelajar dan seorang guru pengiring. Antara aktiviti-aktiviti Advokasi yang telah dijalankan sepanjang taklimat antaranya adalah Taklimat Klik Dengan Bijak, Tayangan Video Pendek Klik Dengan Bijak dan sesi soal jawab dan mini game yang bertujuan meningkatkan pemahaman para pelajar tentang konsep Klik Dengan Bijak disamping mengaplikasikan KDB dalam kehidupan seharian.
Melalui program sebegini, ianya dapat mendedahkan kepada para pelajar tentang keselamatan, sikap bertanggungjawab serta berwaspada semasa menggunakan internet di media sosial. Taklimat ini juga mendedahkan akan kepentingan melindungi maklumat peribadi di laman media sosial agar tidak disalahgunakan untuk tujuan penipuan(oversharing). Program ini juga mendidik peserta agar tidak terjebak dengan amalan buli siber yang kian menular di laman sosial. Taklimat diakhiri dengan permainan “radio rosak” untuk mengkaji sejauh mana pemahaman pelajar tentang konsep Klik Dengan Bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: