Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak Vol. 1
22 Januari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 21 Januari 2017 bersamaan hari Sabtu, Pusat Internet 1 Malaysia Spaoh telah mengadakan Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak KDB) Vol.1 di Bilik Latihan (Training Room) Pusat Internet 1 Malaysia pada jam 1430 petang sehingga 1530 petang.
Antara aktiviti-aktiviti Advokasi yang telah dijalankan sepanjang program antaranya adalah Taklimat Klik Dengan Bijak dan Kuiz, Tayangan Video Pendek Klik Dengan Bijak,Taklimat E-Waste,Taklimat Check Your Label (CYL) serta sesi soal jawab yang bertujuan meningkatkan pemahaman para peserta tentang konsep Klik Dengan Bijak disamping boleh mengaplikasikan KDB dalam kehidupan seharian.
Melalui program sebegini, ianya dapat mendedahkan kepada para peserta tentang keselamatan, sikap bertanggungjawab serta berwaspada semasa menggunakan internet di media sosial. Program seperti ini juga memberi pendedahan kepada para peserta tentang hak sebagai pengguna dalam pembelian peralatan elektronik seperti telefon mudah alih, serta cara-cara pengurusan bahan buangan barang elektronik yang lebih sistematik, selamat dan mesra alam. Selain itu, program ini juga menerangkan tentang tips keselamatan permainan di atas talian (online).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: