Bengkel Mentranformasi Pengelibatan Wanita Dalam Kegiatan Perladangan Ke Arah Projek Komersia
21 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 20 Nov 2017 bersamaan hari Isnin, Pusat Internet 1 Malaysia Spaoh bekerjasama dengan PI Lubok Antu dan PI Engkilili mengadakan Bengkel Mentranformasi Pengelibatan Wanita Dalam Kegiatan Perladangan Ke Arah Projek Komersial di PI Lubok Antu dari jam 8.00 am – 5.00 pm. Antara pengisian yang telah dijalankan sepanjang program adalah Taklimat Advokasi & KDB, Bengkel Pembuatan Mee Kuning Basah,Ceramah daripada pihak TEKUN dan Kursus Kraftangan.
Melalui taklimat seperti ini, sedikit sebanyak PI dapat memberi pendedahan kepada peserta bengkel tentang kepada para peserta tentang hak mereka sebagai pengguna dalam pembelian peralatan elektronik seperti telefon mudah alih, serta cara-cara pengurusan bahan buangan barang elektronik yang lebih sistematik, selamat dan mesra alam. Selain itu, para peserta juga memperolehi ilmu dalam penghasilan mee kuning basah dank raft tangan menggunakan surat khabar lama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: