Taklimat Advokasi KDB, E-waste Check Your Label & Bengkel Keusahawanan
23 Oktober 2017 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2017 bersamaan hari Ahad, Pusat Internet 1 Malaysia Spaoh mengadakan taklimat Advokasi KDB,E-Waste,Check Your Label dan Bengkel Keusahawanan yang bertempat Pusat Interent 1 Malaysia Spaoh. Taklimat bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 5 petang dan dihadiri oleh 5 orang peserta. Antara pengisian Advokasi yang telah dijalankan sepanjang program adalah Taklimat KDB dan tayangan video pendek E-Waste dan Check Your Label. Antara tujuan taklimat ini adalah untuk mempromosikan PI Spaoh di kalangan usahawan tempatan disamping menjadikan pusat internet sebagai tempat untuk membantu lebih ramai usahawan mengembangkan bisnes melalui bengkel keusahawanan.
Melalui taklimat ini, para peserta akan sedar tentang pentingkan aspek keselamatan, sikap bertanggungjawab serta berwaspada semasa menggunakan internet.Disamping itu juga, program seperti ini juga memberi pendedahan kepada para peserta tentang hak sebagai pengguna dalam pembelian peralatan elektronik seperti telefon mudah alih, serta cara-cara pengurusan bahan buangan barang elektronik yang lebih sistematik, selamat dan mesra alam. Taklimat ini diakhiri dengan sedikit penerangan oleh ketua usahawan hai-o akan cara yang betul mempromosikan produk hai-o di laman sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: