Kelas Klik Dengan Bijak Dan Advokasi
17 Oktober 2016 | Aktiviti TerkiniPada 16 Okt 2016 bersamaan hari Ahad, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Baru Spaoh telah mengadakan Kelas Klik Dengan Bijak dan Advokasi yang di adakan di bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Baru Spaoh yang diadakan dari Jam 1400 petang sehingga 1600 petang. Kelas Klik Dengan Bijak dan Advokasi ini dihadiri oleh seramai 22 orang pelajar sekolah rendah.
Antara modul pembelajaran Kelas Klik Dengan Bijak dan Advokasi adalah pendedahan awal kedpada pelajar tentang keselamatan di media sosial seperti keselamatan semasa melayari Internet, kesahihan info yang ingin dikongsikan, keselamatan semasa berkongsi sesuatu dan sebagainya.
Kelas Kelas Klik Dengan Bijak dan Advokasi ini dapat memberikan pengetahuan dan pendedahan asas kepada pelajar tentang asas kesemalatan semasa melayari Internet dan media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: