E-learning Wordwall Sains

26 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 25 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan “E-learning Wordwall Sains”. Kelas ini telah diadakan pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:00 petang. Kelas ini juga telah dihadiri oleh 7 orang pelajar. Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk mengulangkaji berkaitan tumbuh-tumbuhan. Semasa kelas tersebut, para pelajar dibekalkan dengan satu nota yang siap dicetak sebagai rujukan mereka.

Nota yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan tersebut disediakan bertujuan untuk memberikan ruang untuk para pelajar mengingati semula subjek sains yang pernah mereka belajar sebelum ini. Selepas petugas PEDi Spaoh menerangkan berkaitan tumbuh-tumbuhan, setiap orang perlu menjawab kuiz yang disediakan melalui platform Wordwall. Kelas berakhir pada jam 4:00 pagi setelah para pelajar menyelesaikan kuiz yang diberi oleh petugas PEDi. Pihak PEDi Spaoh berharap agar para pelajar yang hadir ke kelas pada kali ini dapat memanfaatkan ilmu yang telah dikongsikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali