Kelas ICT: Microsoft Word Trick

26 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 25 Julai 2023, pihak PEDi Spaoh telah menyediakan satu video tutorial mengenai Microsoft Word. Video tersebut telah dimuat naik ke laman sosial PEDi Spaoh iaitu Facebook, Instagram dan TikTok. Tujuan utama video ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada komuniti alternatif lain yang lebih mudah dan cepat untuk membuat garisan dalam Microsoft Word.

Antara pengisian video ialah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk membuat garisan dengan cepat dan mudah dalam Microsoft Word. Komuniti dibimbing langkah demi langkah dalam video ini agar mereka mampu mendapatkan hasil yang memuaskan. Dengan video ini, komuniti setempat dapat diberi pendedahan mengenai Microsoft Word dan mampu mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali