Kelas ICT: Asas Microsoft Word

6 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Rabu bersamaan 5 Julai 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan “Kelas ICT: Asas Microsoft Word”. Kelas ini telah diadakan pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Kelas ini juga telah dihadiri oleh tiga orang pelajar lepasan SPM 2022. Kelas Microsoft Word kali ini diadakan khas untuk pelajar- pelajar tersebut bagi memanfaatkan masa dengan aktiviti berfaedah selepas peperiksaan SPM.

Pelajar- pelajar ini menyedari peri pentingnya mempelajari asas Microsoft Word sebagai keperluan melanjutkan pelajaran ke menara gading kelak. Hal ini demikian kerana, pelajar sering diminta melakukan tugasan yang melibatkan penggunaan Microsoft Word. Oleh itu, para pelajar haruslah mahir menggunakan aplikasi tersebut.

Antara intipati kelas tersebut adalah seperti berikut:

Para pelajar juga telah diberikan tugasan untuk menguji kefahaman mereka mengenai topik semasa kelas tersebut berlangsung. Kelas berakhir pada jam 11:00 pagi setelah para pelajar menyelesaikan tugasan yang diberi oleh petugas PEDi. Pihak PEDi Spaoh berharap agar para pelajar yang hadir ke kelas pada kali ini dapat memanfaatkan ilmu yang telah dikongsikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali