Tayangan Video Pendek Pejuang Rentap

14 September 2023 | Aktiviti Terkini

Rabu bersamaan 13 September 2023, PEDi Spaoah telah mengadakan satu aktiviti sempena bulan kebangsaan iaitu “Tayangan Video Pendek Pejuang Rentap”. Seramai empat orang belia telah berkunjung ke PEDi Spaoh untuk menonton tayangan video pendek tersebut. Video animasi pendek yang berdurasi 45 minit itu telah ditayangkan menerusi Smart TV PEDi Spaoh. Video animasi pendek tersebut memaparkan kronologi perjuangan Rentap menentang penjajahan James Brooke di Sarawak.

Rentap atau nama sebenarnya Libau anak Ningkan merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. Beliau mendapat gelaran Rentap apabila beliau memenggal kepala musuhnya yang pertama. Rentap telah menentang penjajahan Brooke di Sarawak dan memanggil Rajah itu lanun kerana tindakannya yang merampas tanah orang Iban dan mengenakan pelbagai cukai kepada penduduk tempatan.

Video animasi tersebut titik-titik penting dalam perjuangan Rentap menentang Brooke sehingga perjuangannya berakhir apabila beliau meninggal dunia ketika berusia 70 tahun. Pihak PEDi Spaoh berharap tayangan video animasi pendek ini dapat mengingatkan generasi muda kini tentang perjuangan pahlawan-pahlawan terdahulu dan seterusnya menghargai usaha serta jasa mereka dalam memerdekakan tanah air dari cengkaman penjajah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali