Kelas ICT: Typeracer

9 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 8 Julai 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan “Kelas ICT: Typeracer”. Kelas ini telah diadakan pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 3:30 petang. Kelas ini telah dihadiri oleh dua orang pelajar sekolah rendah dan seorang pelajar sekolah menengah. Kelas ICT kali ini diadakan untuk mendedahkan pelajar kepada latihan berbentuk permainan. Para pelajar telah diperkenalkan kepada laman sesawang “Typeracer” dalam kelas ini.

“Typeracer” merupakan laman sesawang permainan atas talian yang berbentuk pendidikan. Dalam permainan ini, para pelajar telah menaip beberapa perkataan Inggeris secara rawak. Mereka dinilai berdasarkan jumlah perkataan terbanyak dengan jumlah kesilapan yang sedikit. Kelas berakhir pada jam 3:30 petang setelah para pelajar bermain beberapa pusingan dalam permainan tersebut. Pihak PEDi Spaoh berharap agar para pelajar yang hadir ke kelas pada kali ini dapat memanfaatkan ilmu yang telah dikongsikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali