Softskill: Tips Berjaya dalam Temuduga

11 September 2023 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 10 September 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah menghasilkan video “Softskill: Tips Berjaya dalam Temuduga”. Tujuan video tersebut diadakan adalah untuk memberikan tips untuk berjaya dalam temuduga. Video yang dihasilkan khas untuk pelajar-pelajar yang akan menghadiri temuduga kerja. Temuduga adalah satu proses yang penting dalam mencari pekerjaan dan kebanyakan calon pekerja akan mengalami beberapa temuduga sebelum berjaya mendapat pekerjaan yang diinginkan. Namun, bagi ramai orang, temuduga boleh menjadi satu pengalaman yang menegangkan dan sukar diatasi. Sebelum menghadiri temuduga, pastikan anda melakukan selidik mengenai perusahaan tersebut.

Anda perlu memahami visi dan misi perusahaan, produk atau perkhidmatan yang dihasilkan, sejarah dan budaya syarikat. Sekiranya anda mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai perusahaan, ini akan memberikan kepercayaan diri pada diri anda ketika menjawab pertanyaan yang berkaitan dengan perusahaan. Anda juga boleh mencari tips dan panduan temuduga melalui internet, buku atau panduan temuduga daripada orang yang berpengalaman dalam industri atau perusahaan yang sama.

Walaupun anda mungkin terasa gementar dalam temuduga, cuba tunjukkan sikap yang positif dan percaya diri. Menunjukkan sikap positif dapat memberikan kesan yang baik kepada panel temuduga. Senyum dan tatap mata panel temuduga semasa menjawab soalan boleh meningkatkan kepercayaan diri dan memenangi hati panel temuduga. Pihak PEDi Spaoh berharap agar mereka yang menyaksikan video tersebut dapat memperolehi ilmu baru dan sekaligus dapat mengaplikasikan ilmu tersebut ketika sesi temuduga berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali