Cara Mempromosikan Perniagaan Menggunakan TikTok

6 September 2023 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 5 September 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Spaoh telah berkongsi satu video yang bertajuk “Cara Mempromosikan Perniagaan Menggunakan TikTok.”. Video yang berdurasi dua minit 40 saat tersebut telah dimuat naik ke semua media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram, dan TikTok. Video tersebut dimuat naik ke laman sosial rasmi PEDi Spaoh untuk berkongsi dengan komuniti sosial tentang cara-cara untuk mempromosikan perniagaan mereka menggunakan TikTok. Pada awal kewujudannya, TikTok digunakan untuk berkongsi video pendek yang disunting oleh penggunanya secara kreatif. Namun kini, TikTok turut menjadi platform perniagaan untuk penggunanya berurusan mengenai jual beli.

Antara cara-cara untuk mempromosikan perniagaan yang dikongsikan dalam video tersebut adalah:

TikTok mempunyai pengguna dari seluruh dunia dan ini merupakan peluang untuk memperkenalkan perniagaan kepada dunia luar, tidak hanya dalam negara sahaja. Pihak PEDi Spaoh berharap agar followers yang menonton video tersebut memperoleh ilmu yang bermanfaat serta dapat mengimplementasikan cara-cara yang telah dikongsi sebagai salah satu kaedah promosi perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali