Kelas ICT: Kad Hari Guru & Hari Ibu (Canva)

14 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 13 Mei 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan kelas ICT: Kad Hari Guru & Hari Ibu (Canva). Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk mengajar pelajar yang hadir menghasilkan kad Hari Guru dan Hari Ibu menggunakan aplikasi Canva. Kelas tersebut dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tersebut diadakan pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:30 pagi.

Hari Guru akan disambut pada 16 Mei 2023. Guru Insani Pemangkin Generasi Madani telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek sebagai tema sambutan Hari Guru pada tahun ini. Hari ibu disambut pada 14 Mei setiap tahun. Pada sesi kelas tersebut, para pelajar diberi peluang untuk menghasilkan kad menggunakan kreativiti masing-masing. Kad yang dihasilkan oleh para pelajar akan dicetak untuk diberikan kepada guru dan ibu masing-masing. Pihak PEDi Spaoh berharap kelas tersebut dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali