Advokasi: Sentuhan Selamat dan Sentuhan Tidak Selamat

27 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Jumaat bersamaan 26 Mei 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan advokasi yang bertajuk “Sentuhan Selamat dan Sentuhan Tidak Selamat”. memberikan pendedahan kepada semua masyarakat tentang sentuhan selamat dan tidak selamat terutamanya kepada kanak-kanak. Kelas tersebut dihadiri oleh seorang pelajar sekolah menengah dan 3 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tersebut diadakan pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:00 petang.

Ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mandidik anak-anak tentang sentuhan selamat dan tidak selamat. Melihatkan epidemik pedofilia yang semakin meluas dan mula memberi kesan kepada kanak-kanak di sekolah, tempat awam atau di dunia digital, mengajar anak anda tentang langkah keselamatan yang perlu dilakukan adalah satu keperluan sedari usia kecil lagi. Sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat patut menjadi pengetahuan asas bagi setiap kanak-kanak. Berbekalkan pengetahuan ini, mereka akan lebih bersedia untuk melindungi diri mereka. Pihak PEDi Spaoh berharap kelas tersebut dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali