Kelas Membina Resume

7 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Selasa bersamaan 6 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan “Kelas Membina Resume”. Tujuan kelas tersebut diadakan untuk mengajar salah seorang ahli PEDi Spaoh iaitu Cik Ernia Syafeka untuk membina Resume. Beliau merupakan pelajar tahun akhir UiTM kampus Seremban. Dia memohon tunjuk ajar untuk menghasilkan resume yang baik kerana dia ingin menghantar resume tersebut untuk memohon penempatan latihan industri. Kelas tersebut berjalan selama 1 jam 30 minit. Resume adalah dokumen rasmi yang memberikan gambaran secara keseluruhan mengenai kelayakan profesional, termasuk pengalaman kerja, kemahiran, pendidikan, dan pencapaian penting.

Biasanya resume akan disertakan sekali dengan surat pengenalan (Cover letter). Peranan resume adalah untuk membantu menceritakan apakah kelayakan dan meyakinkan majikan bahawa kita berpotensi dan layak diambil bekerja. Di samping itu juga, resume juga satu medium yang bagus untuk menunjukkan kemampuan serta bakat anda. Resume menjadi penilaian pertama sebelum pihak majikan bersetuju untuk menemuduga kita. Jika resume yang dihasilkan kemas, ringkas, padat, berinformasi dan tersusun rapi, maka peluang untuk mendapat panggilan temuduga dengan majikan semakin cerah. Pihak PEDi Spaoh telah memberikan tunjuk ajar untuk menghasilkan resume yang cantik dan padat untuk dihantar ke organisasi yang terpilih. Pihak PEDi Spaoh berharap agar permohonan tersebut diluluskan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali