Tips Menangani Stress

8 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Isnin bersamaan 7 Ogos 2023, pihak PEDi Spaoh telah menyediakan satu video “Tips Menangani Stress”. Video tersebut telah dimuat naik ke laman sosial PEDi Spaoh seperti Facebook, Instagram dan TikTok. Video yang berdurasi 2 minit tersebut dihasilkan adalah untuk berkongsi ilmu kepada masyarakat cara yang terbaik untuk menangani stress dan tekanan. Dalam keadaan kita melalui realiti kehidupan ada masanya kita tidak menyedari bahawa diri berada dalam keadaan stres.

Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup dunia moden yang serba pantas ini. Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan kita. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Ingatlah bahawa stres sebenarnya boleh membunuh. Penting untuk kita itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah untuk mengurus stres dengan baik. PEDi Spaoh berharap dengan adanya video tersebut dapat membantu untuk mengurangkan stress tekanan yang masyarakat hadapi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali