Kelas ICT: Microsoft Powerpoint (Slaid Menarik)

5 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 4 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan kelas ICT iaitu Microsoft Powerpoint (Slaid Menarik). Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk mengajar pelajar yang hadir cara menghasilkan slaid Powerpoint yang menarik. Kelas tersebut dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah dan diadakan pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Pada sesi kali ini, para pelajar telah diajar oleh petugas PEDi Spaoh untuk menghasilkan slaid pembentangan yang menarik menggunakan Microsoft Powerpoint. Petugas PEDi telah menghasilkan slaid pembentangan sambal memberikan penerangan dan tips kepada para pelajar.

Setelah itu, para pelajar diberikan satu topik iaitu Hobi & Makanan Kegemaran Saya, dan mereka diminta untuk menghasilkan slaid pembentangan masing-masing dengan bimbingan daripada petugas PEDi. Para pelajar telah diberikan masa selama 45 minit untuk menyiapkan tugasan tersebut. Para pelajar dilihat sangat bersungguh-sungguh dan fokus menyiapkan tugasan mereka. Melalui tunjuk ajar dan bimbingan petugas PEDi, para pelajar dapat menyiapkan tugasan mereka dan berjaya menghasilkan slaid pembentangan yang menarik. Pihak PEDi Spaoh berharap kelas tersebut dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang hadir.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali