Kelas Bimbingan Komuniti: Minit Mesyuarat

21 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 20 Mei 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan “Kelas Bimbingan Komuniti: Minit Mesyuarat”. Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk mengajar salah seorang ahli PEDi Spaoh iaitu Encik Suhordie bin Bulik untuk menaip minit mesyuarat. Beliau merupakan Pengerusi Koperasi Usahasama Kontraktor Dan Usahawan Bahagian Betong Berhad yang telah ditubuhkan baru-baru ini.

Encik Suhordie telah hadir ke PEDi Spaoh bersama setiausaha koperasi tersebut, Puan Yami binti Bujang untuk sama-sama menyemak semula minit mesyuarat koperasi mereka. Setelah selesai menyemak minit mesyuarat tersebut, Encik Suhordie telah meminta bantuan petugas PEDi untuk menaip minit mesyuarat tersebut dan menukarkannya kepada bentuk PDF. Pihak PEDi Spaoh telah berusaha untuk membimbing pengerusi dan setiausaha koperasi dalam menghasilkan minit mesyuarat mengikut format yang betul seperti yang dikehendaki. Pihak PEDi Spaoh berharap agar dapat memberi bimbingan kepada komuniti dalam melakukan aktiviti yang berkaitan dengan ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali