Kelas Eksperimen Sains: Magic Finger

25 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 24 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan kelas “ Eksperimen Sains: Magic Finger. Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk mengajar mereka eksperimen sains yang mudah untuk dipraktikkan di rumah. Kelas yang berlangsung selama 1 jam tersebut memberikan peluang ruang kepada para pelajar yang hadir untuk melakukan eksperimen tersebut. Seramai 7 orang pelajar hadir ke kelas tersebut.

Antara bahan-bahan yang diperlukan:

Tujuan eksperimen ini adalah untuk menunjukkan pelajar bagaimana serbuk lada yang terapung di atas air menjadi berselerak setelah diletakkan beberapa titik pencuci pinggan ke jari dan disentuh ke atas permukaan air. Serbuk lada ini akan terserak ke tepi-tepi pinggan. Perkara ini berlaku disebabkan ketegangan permukaan iaitu satu sifat air yang menghalang elemen-elemen luar. Sabun pencuci pinggan mengurangkan ketegangan permukaan air, menyebabkan air di dalam pinggan terserak ke luar dan membawa serbuk lada bersama-sama dengannya. Pihak PEDi Spaoh berharap para pelajar dapat menimba ilmu dalam sesi eksperimen kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali