Bimbingan Komuniti: MYFutureJobs & e-Recruitment

10 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Jumaat bersamaan 9 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan “Bimbingan Komuniti: MYFutureJobs & e-Recruitment”. Tujuan kelas tersebut diadakan untuk memberi bimbingan kepada salah seorang penduduk Kampung Spaoh, Puan Sharifah Faziera. Beliau merupakan seorang suri rumah yang telah berkunjung ke PEDi Spaoh untuk menggunakan komputer. Puan Faziera telah memohon pekerjaan dengan mengisi data dan maklumat di dua laman sesawang khusus untuk mencari kerja iaitu MYFutureJobs serta e-Recruitment.

Beliau mempunyai kelulusan peringkat diploma dan telah mengisi pekerjaan dalam laman-laman tersebut yang sesuai dengan kelayakan beliau. Petugas PEDi Spaoh telah membantu dan membimbing beliau dengan bersungguh-sungguh selama dua jam. Pihak PEDi Spaoh telah memberikan bimbingan untuk mengisi data dan maklumat di laman sesawang tersebut kepada Puan Faziera. Pihak PEDi Spaoh berharap agar urusan permohonan pekerjaan beliau dipermudahkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali