Kuiz Bahasa Melayu (Kata Adjektif)

11 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 10 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan kelas “Kuiz Bahasa Melayu (Kata Adjektif)”. Tujuan kelas tersebut diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang hadir mengenai kata adjektif. Kelas tersebut telah dihadiri oleh tujuh orang pelajar sekolah yang terdiri daripada empat orang pelajar sekolah rendah dan tiga orang pelajar sekolah menengah. Kelas tersebut berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 12:30 tengahari.

Sebelum memulakan kuiz Bahasa Melayu yang berkaitan dengan kata adjektif, para pelajar yang hadir diberikan nota ringkas yang dihasilkan oleh petugas di PEDi Spaoh. Para pelajar diajar terlebih dahulu mengenai kata adjektif. Selepas itu, mereka akan menjawab 35 soalan menggunakan aplikasi Quizizz. Soalan-soalan telah disediakan oleh petugas PEDi Spaoh akan dijawab serentak oleh semua peserta untuk mengetahui siapa yang lebih memahami konsep kata adjektif tersebut. Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat, rupa bentuk, atau keadaan sesuatu kata nama. Pihak PEDi Spaoh berharap agar para pelajar yang hadir dapat menimba ilmu tersebut dan memahami sekaligus mampu mengenal pasti kata adjektif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali