Usahawan: Jom Daftar Shopee

15 September 2023 | Aktiviti Terkini

Khamis bersamaan 14 September 2023, PEDi Spaoh telah mengadakan sesi khidmat nasihat dan tunjuk ajar mengenai Shopee kepada salah seorang usahawan PEDi. Beliau telah mempelajari selok belok tentang perniagaan di Shopee selama satu jam 45 minit daripada Rakan Digital Spaoh. Shopee merupakan platform e-dagang yang terbesar di Asia Tenggara pada masa kini. Platform e-dagang tersebut memberi perkhidmatan kepada penjual dan pembeli di Asia Tenggara khususnya, selain Asia Timur dan Amerika Latin yang ingin menjual dan membeli barangan mereka dalam talian. Usahawan yang berkunjung ke PEDi Spaoh merupakan usahawan yang baru memulakan usaha dalam perniagaan kecilnya yang menjual makanan di sekitar Spaoh.

Beliau telah mendengar tentang kelas mengenai Shopee dan berminat untuk berniaga menggunakan platform tersebut. Beliau telah diperkenalkan dengan “Seller Centre” dan diberi tunjuk ajar tentang cara mendaftar akaun Shopee serta cara untuk menjual produk beliau di Shopee. Beliau turut diberi tunjuk ajar tentang cara untuk upload produk beliau di Shopee. Pihak PEDi Spaoh berharap dengan sedikit ilmu yang dikongsikan bersama usahawan tersebut dapat menarik minat beliau untuk menggunakan Shopee sebagai salah satu platform perniagaan beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali