Kelas Eksperimen: Hot and Cold Water

25 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 24 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan kelas “Eksperimen: Hot and Cold Water”. Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk mengajar mereka eksperimen sains yang mudah untuk dipraktikkan di rumah. Kelas yang berlangsung selama 1 jam tersebut memberikan peluang ruang kepada para pelajar yang hadir untuk melakukan eksperimen tersebut. Seramai 7 orang pelajar hadir ke kelas tersebut. Kelas bermula pada pukul 3:00 petang berakhir pada 4:00 petang.

Antara bahan-bahan yang digunakan:

Tujuan eksperimen ini adalah untuk menunjukkan pelajar pengaruh suhu terhadap kelarutan air. Suhu yang tinggi akan mempercepatkan kadar keterlarutan pewarna yang diletak dalam air berbanding suhu yang rendah. Hal ini demikian kerana, suhu yang tinggi akan cepat menguraikan ikatan hidrogen dari molekul air. Pihak PEDi Spaoh berharap para pelajar dapat menimba ilmu dalam sesi eksperimen kali ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali