Kursus Pengenalan Halal dan Tatacara Permohonan Sijil Halal

18 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 17 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah berkolaborasi dengan NZ Bunga Venture & Consultant untuk menganjurkan “Kursus Pengenalan Halal dan Tatacara Permohonan Sijil Halal”. Kursus ini diadakan secara dalam talian dan salah seorang usahawan PEDi Spaoh telah menyertai kursus tersebut di rumah. Kursus telah berlangsung dari pukul 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi.

Tujuan utama kursus ini dijalankan adalah untuk mendedahkan peserta tentang konsep halal dengan lebih mendalam. Selain itu, peserta juga menjadi lebih tahu mengenai keperluan umum dan keperluan khusus untuk memohon sijil halal. Para peserta juga dibimbing tentang tatacara permohonan sijil halal melalui sistem.

Antara intipati kursus yang dikongsikan adalah seperti berikut:

Sebelum kursus berakhir, pihak penganjur memberi peluang kepada peserta untuk bertanya soalan dalam sesi soal jawab. Para peserta akan diberikan sijil e-digital yang akan diberikan melalui pihak PEDi masing-masing. Pihak PEDi Spaoh berharap agar kursus ini dapat menambahkan pengetahuan peserta serta membantu mereka dalam proses permohonan sijil halal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali