Kursus Latihan Pengendali Makanan Sesi 5

19 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 18 Jun 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah berkolaborasi dengan NZ Bunga Venture & Consultant untuk menganjurkan “Kursus Latihan Pengendali Makanan. Kursus ini diadakan secara dalam talian. 5 orang seorang usahawan PEDi Spaoh telah menyertai kursus tersebut di rumah dan 4 orang di PEDi Spaoh. Kursus telah berlangsung dari pukul 9:30 pagi sehingga 12:30 tengahari. Tujuan utama kursus tersebut dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan tentang kaedah pengendalian makanan yang betul dan selamat terutamanya kepada pengusaha makanan sekitar Spaoh. Kursus ini merupakan sesi kelima yang telah dijalankan.

Kursus pengendalian makanan merupakan kursus wajib daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk semua pengendali makanan yang terlibat dalam semua aspek penyediaan, penyimpanan dan penyediaan makanan.Pengusaha produk berasaskan makanan adalah dituntut oleh undang-undang untuk melengkapi pengendali-pengendali makanan yang bekerja dengan mereka dengan pengawasan yang sewajarnya dan latihan dalam pengendalian makanan selaras dengan jenis pekerjaan mereka dan memastikan mereka mampu mengamalkan sistem keselamatan makanan. Individu yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengekalkan prosedur pengurusan keselamatan makanan dalam perniagaan berasaskan makanan haruslah menerima latihan yang secukupnya bagi membolehkan mereka menjalankan tugas mereka.

Di Malaysia, adalah wajib bagi setiap pengendali makanan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan dan mendapatkan suntikan typhoid selaras dengan AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 yang apabila gagal mematuhi peraturan tersebut dan disabitkan kesalahan individu tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun. Kursus ini meliputi empat bahagian utama; iaitu pengenalan, kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor-faktor kritikal keracunan makanan.Di penghujung kursus, peserta telah diberikan kuiz dan setiap pemarkahan akan diambil kira untuk melayakkan mereka memperolehi sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kursus ini telah berjalan dengan lancar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali