Learn Simple English: Word Search

10 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 9 Julai 2023, Pusat Ekonomi Digital Spaoh telah mengadakan kelas “Learn Simple English: Word Search”. Kelas ini telah diadakan pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Kelas ini telah dihadiri oleh dua orang pelajar sekolah rendah dan seorang pelajar sekolah menengah. Word Search atau cari kata dalam bahasa Melayu, merupakan sejenis permainan di mana pelajar harus mencari perkataan diberi dalam kotak yang mengandungi huruf-huruf yang disusun secara rawak.

Perkataan yang dicari tersembunyi dalam kotak tersebut dan pelajar harus mencari perkataan yang telah diberikan, biasanya mempunyai tema. Kelas berakhir pada jam 11:00 pagi setelah para pelajar selesai mencari semua perkataan dalam permainan tersebut. Pihak PEDi Spaoh berharap agar para pelajar yang hadir ke kelas pada kali ini dapat memanfaatkan ilmu yang telah dikongsikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali