Risiko Utama Kanak-kanak Di Internet

9 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada hari Rabu bersamaan 8 Februari 2023, PEDi Spaoh telah menghasilkan sebuah video pendek yang bertajuk “Risiko Utama Kanak-kanak Di Internet”. Video yang berdurasi 42 saat tersebut telah dihantar ke laman sosial PEDi Spaoh seperti Tiktok, Facebook dan Instagram. Tujuan video tersebut dihasilkan adalah untuk memaklumkan kepada masyarakat terutamanya golongan ibu bapa bahawa terdapat beberapa risiko yang perlu diambil kira ketika kanak-kanak menggunakan Internet.

Golongan dewasa, khususnya ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak di Internet kerana Internet juga mempunyai sisi buruk yang perlu diawasi. Tidak dinafikan penggunaan Internet dalam kalangan kanak-kanak mempunyai banyak manfaatnya dewasa ini. Antaranya ialah untuk proses pembelajaran masa kini yang kian mencabar di samping membantu para pelajar dalam pencarian maklumat. Namun, harus diingatkan bahawa ibu bapa haruslah berwaspada terhadap risiko yang dihadapi oleh kanak-kanak ketika menggunakan Internet.

Pihak PEDi Spaoh berharap pendedahan sebegini dapat membantu komuniti sekitar Spaoh untuk menjadi lebih peka akan keselamatan anak-anak mereka ketika menggunakan Internet dan membantu untuk mewujudkan masyarakat yang celik Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali