Kelas Usahawan: Cara Buat Duit Dengan Shopee

7 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pihak PEDi Spaoh telah menghasilkan video khas untuk usahawan yang ingin berkecimpung dalam perniagaan melalui Shopee. Video “Cara Buat Duit Dengan Shopee” yang berdurasi 1 minit 45 saat tersebut telah dihantar ke laman sosial PEDi Spaoh seperti Tiktok, Facebook dan Instagram. Tujuan video tersebut dihasilkan adalah untuk membantu masyarakat yang ingin mencari peluang pekerjaan dengan melakukan perniagaan menggunakan platform Shopee.

Umum mengetahui bahawa Shopee merupakan sebuah platform e-commerce atau e-dagang yang terkemuka, terutamanya di negara Asia. Shopee ini berfungsi seperti platform e-dagang yang lain seperti Lazada, Amazon, Lelong dan Ebay. Shopee ini ibarat “poket doraemon”, sebut sahaja apa barang yang ingin dibeli, semua dijual di Shopee. Dari barangan seperti perabot, barangan elektronik, produk kecantikan, barang kemas dan banyak lagi. Tidak dinafikan, pandemik Covid-19 telah menjadikan perniagaan atas talian melonjak naik lantaran daripada ramai yang mula berniaga dari rumah.

Terdapat tiga cara yang mudah untuk menjana pendapatan dengan Shopee, iaitu:

Pihak PEDi Spaoh berharap pendedahan sebegini diharap dapat membantu masyarakat sekitar Spaoh untuk menceburkan diri dan beranikan diri berniaga melalui platform Shopee.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali