Kelas Shopee & Canva Bersama Usahawan PEDi

5 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 4 Mac 2023, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan “Kelas Shopee & Canva Bersama Usahawan PEDi.” Cik Rafidah yang merupakan seorang usahawan berdaftar di PEDi Spaoh datang ke PEDi bagi mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan mengenai pendaftaran dan pengemaskinian akaun Shopee dan Canva milik beliau.

Selain mendapatkan bimbingan Shopee, beliau turut mendapatkan tunjuk ajar pembuatan topper dan sticker bagi bouquet dan hadiah buatan beliau di samping meningkatkan kualiti produk keluaran menggunakan aplikasi Canva. Cik Rafidah yang telah menjalankan perniagaan secara atas talian di platform Facebook dan WhatsApp sejak 2019 lagi mula mengambil inisiatif untuk menjual di Shopee.

Antara perkhidmatan atau barangan yang boleh didapati adalah;

Facebook: https://www.facebook.com/rafidah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali