Kelas ICT: Cara Masukkan Tandatangan di Microsoft Excel

20 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pihak PEDi Spaoh telah menghasilkan video ICT yang berjudul “Cara Masukkan Tandatangan di Microsoft Excel”. Video tersebut telah dihantar ke laman sosial PEDi Spaoh seperti Tiktok, Facebook dan Instagram. Tujuan video tersebut dihasilkan adalah untuk berkongsi ilmu kepada pengikut media sosial PEDi Spaoh cara ringkas untuk masukkan tandatangan hanya menggunakan Microsoft Excel.

Antara langkah-langkahnya ialah:
1. Ambil pen dan tulis tandatangan anda pada sekeping kertas putih.
2. Sama ada lakukan imbasan halaman atau ambil gambar menggunakan telefon.
3. Salin imej yang diimbas ke dalam Excel.
4. Dalam 'Format Gambar', buang latarbelakang imej supaya lebih sesuai dengan tandatangan

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya video ICT tersebut dapat membantu masyarakat khusunya para pelajar yang ingin memasukkan tandatangan hanya menggunakan Microsoft Excel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali