Video Advokasi E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara

12 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pihak PEDi Spaoh telah menghasilkan video “Advokasi: E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara.” Video tersebut telah dihantar ke laman sosial PEDi Spaoh seperti Tiktok, Facebook dan Instagram. Tujuan video tersebut dihasilkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang E-waste. Dengan sedikit ilmu yang ada, masyarakat akan lebih cakna apabila mereka memahami cara yang terbaik untuk mengendalikan E-waste. Selain itu, bagi meningkatkan kesedaran orang awam akan tanggungjawab terhadap buangan e-waste, semua pihak perlu berganding bahu dan mewujudkan jaringan kerjasama dengan semua lapisan masyarakat dan pihak berkepentingan dalam pengendalian e-waste dari isi rumah.

Selain itu, masyarakat perlu tahu bahawa E-waste yang dibuang ke tapak pelupusan sampah tanpa kaedah pengurusan yang sempurna boleh menyebabkan pembebasan gas-gas beracun dan menghasilkan cecair yang akan mencemarkan alam sekitar. Natijahnya, kesihatan masyarakat akan terganggu sekiranya masalah ini tidak dicegah dengan cepat.

Antara isi-isi penting yang terdapat dalm video tersebut adalah:

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya video “Advokasi E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara” ini mampu memberikan sedikit ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat setempat untuk lebih cakna tentang E-waste. Ilmu yang mereka perolehi dapat dipraktikkan di rumah masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali