Advokasi: Jaga Reputasi Digital Anda

13 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 12 Mac 2023, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Spaoh (PEDi Spaoh) telah berkongsi satu video yang bertajuk “Jaga Reputasi Digital Anda.” Video advokasi yang berdurasi selama 1 minit 33 saat itu telah dimuat naik ke platform media sosial PEDi Spaoh seperti Facebook, Instagram dan TikTok.

Reputasi digital amat penting kerana ia memberikan gambaran mengenai diri anda di dunia nyata. Ia bergantung secara langsung dengan tingkah laku kita dalam talian serta kandungan mengenai diri kita yang dikongsi di ruangan tersebut. Maklumat tersebut akan terkumpul bertahun-tahun lamanya untuk membina sebuah profil lengkap tentang diri kita dalam talian.

Antara initipati yang terkandung dalam video perkongsian tersebut adalah:

Melalui perkongsian video tersebut, diharap komuniti khususnya pengguna Internet lebih berjaga-jaga ketika memuat naik sebarang bentuk penulisan atau gambar di media –media sosial. Ini kerana bahan-bahan yang dimuat naik di Internet akan terus kekal di dunia maya dan disebabkan itulah kita diseru untuk menjaga reputasi digital kita.

Facebook: https://www.facebook.com/rafidah .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali