A Week for SPA & Sarawak e-Recruitment

19 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pihak PEDi Spaoh telah mengadakan program minggu SPA & Sarawak e-Recruitment. Program tersebut diadakan adalah untuk memberikan peluang dan ruang kepada para pelajar untuk mencari peluang pekerjaan yang terdapat dalam portal tersebut. Program tersebut dihadiri oleh seorang pelajar lepasan SPM yang bernama Cik Hawani binti Hamdin yang berasal dari kampung Bungin. Dia telah menggunakan peluang yang ada untuk hadir ke PEDi Spaoh meminta pertolongan petugas PEDi bagi mengisi segala kekosongan kerja yang ada di portal tersebut.

Dia telah mengisi sebanyak 14 jawatan kosong di SPA dan 10 jawatan kosong di Sarawak e-recruitment. Dia sedar bahawa pada masa ini peluang harus direbut sebaik-baiknya kerana ramai lagi masyarakat pada masa sekarang susah untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Oleh itu, dia tidak boleh terlalu memilih pekerjaan. Petugas PEDi Spaoh turut memberikan sedikit tips temuduga dan cara yang terbaik untuk menyusun dokumen-dokumen untuk sesi temuduga. Besar harapan pihak PEDi Spaoh agar Cik Hawani mendapat panggilan temuduga untuk kerja yang dipohon dan lulus dengan cemerlang temuduga tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali