Pertandingan Mewarna Bendera Malaysia Online

8 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 7 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan ‘Pertandingan Mewarna Bendera Malaysia Online’ sempena bulan kemerdekaan. Pertandingan tersebut dihadiri oleh 6 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Pertandingan tersebut bermula pada pukul 9 pagi dan tamat pada pukul 12 tengahari.

Sebelum para pelajar memulakan pertandingan mewarna, petugas PEDi Spaoh akan menerangkan terlebih dahulu sejarah dan warna-warna yang terdapat di bendera Malaysia dan maksud disebalik warna-warna tersebut. Hal ini bertujuan untuk memberikan sedikit ilmu tentang bendera Malaysia kepada para pelajar. Pertandingan ini sebenarnya dapat membantu para pelajar untuk mahir dalam mengendalikan tetikus. Oleh hal yang demikian, pelajar yang kurang mahir akan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan sesi mewarna bendera tersebut.

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya pertandingan sebegini dapat menyuntik semangat cinta akan negara dalam sanubari mereka sejak di bangku sekolah rendah lagi. Cinta akan negara akan buat kita sanggup berkorban apa sahaja untuk negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali